Assalamualaikum wrbt. dan selamat datang kami ucapkan kepada semua pengunjung blog NUR AL-QHADRI UNIQUE CRAFT.
Nur Al-Qhadri Unique Craft adalah merupakan sebuah syarikat yang berdaftar di bawah naungan Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka dan Akademi Pelancongan Melaka. Syarikat ini mula ditubuhkan pada 26 Mei 2013 sempena hari lahir pengasas syarikat ini iaitu Tuan Haji Syed Abdullah Bin Syed Hussien. Cetusan idea beliau mencipta pokok bongsai kertas yang dijadikan sebagai hobi bersama isteri tercinta, akhirnya berubah menjadi produk perniagaan yang menjanakan pendapatan yang lumayan apabila mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelanggan yang datang ke galeri kami termasuk pelancong asing dari luar negara.
Memandangkan produk kami eksklusif dan unik, kebanyakkan pelanggan yang datang ke galeri kami terdiri daripada Jabatan Kerajaan mahupun Swasta. Mereka membeli produk kami untuk dijadikan cenderamata kepada tetamu VVIP pada setiap kali event yang dianjurkan oleh pihak jabatan mereka. Selain itu, kursus yang kami tawarkan juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Idea yang datang mencurah - curah ini akhirnya telah menghasilkan pelbagai produk yang menarik seperti pokok bongsai kertas, bakul hantaran, cermin hiasan dinding, bunga telur dan sebagainya. Keunikkan produk kami adalah kami menggunakan material bahan terbuang seperti surat khabar, botol kaca dan plastik, kotak dan sebagainya untuk dijadikan produk perhiasan rumah yang cantik dan eksklusif.
Jika anda berminat dengan produk yang unik dan eksklusif untuk dijadikan sebagai cenderamata kepada seseorang, anda boleh hubungi kami di talian 010-8215136 ( Akma ).
* Tuan Haji Syed Abdullah Bin Syed Hussein bersama isteri Sharifah Asma Binti Syed Mohamed.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan